Tuesday, 27 November 2012

Story Board Cara-cara Membuat Jus Karot Susu

Perbincangan kumpulan dan pembahagian tugas untuk projek video dan story board.Kumpulan kami telah bersepakat untuk membuat video tentang cara-cara membuat jus karot susu.


Berikut adalah peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jus karot susu:
                           
                       * Mesin pengisar buah (boleh juga menggunakan blander)
                       * Pisau,susu,gelas,papan pemotong
                       * Beberapa batang karot dan air batu


Langkah pertama untuk membuat jus karot ialah,karot perlulah dibasuh terlebih dahulu dengan air yang bersih.Pastikan segala kekotoran yang ada pada karot tersebut dicuci dan dibersihkan.


Karot yang telah dibasuh,kemudiannya dipotong kecil-kecil menggunakan pisau dan papan pemotong untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah.

Setelah semua karot siap dipotong,langkah yang seterusnya ialah karot yang telah dipotong kecil-kecil tadi dimasukkan ke dalam mesin pengisar bagi mendapatkan jusnya.


 Karot itu kemudiannya dimesin halus dengan menggunakan mesin pengisar buah bagi mendapatkan jusnya.


Setelah jus karot diperolehi,susu pekat manis perlu dimasukkan untuk menambahkan kemanisan dan menyedapkan lagi rasa jus karot ini.


Jus karot yang telah ditambah dengan susu pekat manis tadi hendaklah dikacau dengan menggunakan sudu agar susu itu larut dan sekata rasanya.


 Bagi menyedapkan rasa dan menambahkan lagi kesegarannya,air batu kemudiannya dimasukkan ke dalam jus karot tersebut.
   

Akhirnya,jus karot yang segar dan lazat serta berkhasiat ini siap dihidangkan dan sedia untuk diminum.......
Cara menghias jus karot ini terpulanglah pada kreativiti masing-masing.

SELAMAT MENCUBA





Pembahagian Tugas Dalam Projek Video dan Story Board KPD  3026


Gambar,Bahan-bahan, dan Penyediaan Storyboard Untuk Projek Video


* Pn.Raja Noorasikin Raja Yaacob

* Pn. Megawati Abd.Hakim



Rakaman Video,Suntingan dan Atas Talian


* Pn.Rozita Ramli

* Pn. Sabariah Othman










No comments:

Post a Comment

Post a Comment