Sunday 2 December 2012

Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                      : 14.08.2012
Hari                                         : Selasa
Masa                                       : 9.00 pagi – 10.00 pagi (60 minit)
Kelas                                       : Prasekolah Titian Bistari 2
Bilangan Murid                         : 25 orang
Tema                                       : Sayur-sayuran
Tunjang Utama                        : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard Pembelajaran            :(PFK (1.2.12)Menuang air dari jag ke dalam bekas seperti
                                                cawan atau gelas
                                               :(PSE 2.2.2)Menunjukkan semangat dan sifat positif,sabar
                                                berkeyakinan dan tolong menolong.                                                                                            
Standard Pembelajaran
lain yang disepadukan              :(BM 2.4.1)Menceritakan semula apa yang didengar dan dilihat  
                                                menggunakan ayat yang betul.
                                               :(PFK 5.2.4)Menjaga keselamatan diri

Objektif                                  :Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:
                                               1)Mengenal dan menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada 
                                                  8 bahan-bahan untuk membuat jus karot susu.
                                               2)Melakukan koordinasi mata tangan semasa memotong buah
                                                 dan bekerjasama didalam kumpulan
                                              3)Bercerita semula sekurang-kurangnya 5 daripada 8 langkah
                                                 tentang proses membuat jus karot susu.

Pengentahuan sedia ada         :Murid-murid sudah biasa melihat dan makan karot.

Kosa kata                             :Karot,potong,susu dan kacau.

Alatan dan bahan                  :Karot,pisau,gelas,papan pemotong,susu,sudu,mesin pengisar buah,
                                             air batu,carta soalan teka-teki dan gambar sayur-sayuran.

Langkah / Masa
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan / Bahan
Set induksi
( 5 minit )
Permainan teka-teki
·         Permainan teka-teki. Guru menayangkan soalan teka-teki kepada murid-murid menggunakan carta.
·         Guru membacakan soalan tersebut dan menyuruh murid-murid meneka jawapannya.


Carta soalan teka-teki
Langkah 1
( 10 minit )
Bercerita dan bersoal-  jawab
·         Guru bercerita tentang kepentingan, kebaikan, dan khasiat sayur-sayuran kepada murid-murid.
·         Murid-murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru.
·         Selepas mendengar cerita tersebut, guru dan murid bersoal-jawab secara lisan tentang kepentingan, kebaikan dan khasiat sayur-sayuran.
                
Gambar sayur-sayuran
Langkah 2
(10 minit)
Mengenal dan menamakan bahan-bahan untuk membuat jus karot susu.
·         Guru memberitahu kepada murid-murid mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini iaitu cara-cara untuk membuat jus karot susu.
·         Guru mempamerkan bahan-bahan untuk membuat jus karot susu dan membimbing murid-murid untuk mengenal dan menamakan bahan-bahan tersebut.
·         Murid-murid mengenal dan menamakan bahan-bahan tersebut.
                            
Karot, susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
Langkah 3
(10 minit)
Tunjuk cara membuat jus karot susu.
·         Guru membuat tunjuk cara untuk membuat jus karot susu seperti berikut:
1) Cuci karot dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang ada.

2) Karot yang telah dicuci dipotong kecil-kecil dengan menggunakan pisau dan papan pemotong.

3) Karot yang telah dipotong kecil-kecil dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah.

4) Kisar karot tersebut sehingga keluar jusnya.

5) Masukkan susu pekat manis ke dalam jus karot yang telah terhasil.

6)  Kacau jus tersebut dengan sudu agar susu pekat manis larut dan sekata.

7) Masukkan ketulan air batu ke dalam jus karot tersebut untuk menambahkan lagi kesegarannya.

8) Hias dan hidangkan jus karot susu tersebut untuk diminum.


Karot, susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
Langkah 4
(15 minit)

Aktiviti kumpulan
·         Guru membahagikan murid-murid kepada 5 kumpulan.
·         Guru mengingatkan murid-murid tentang langkah-langkah keselamatan dan kebersihan.
·         Setiap kumpulan membuat jus karot susu seperti yang telah ditunjuk dan diajar di bawah bimbingan dan pengawasan guru serta pembantu pengurusan murid.

Karot, susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
Langkah 5
(5 minit)
Aktiviti merasa minuman
·         Setiap kumpulan menuangkan jus karot susu yang telah siap dibuat ke dalam gelas.
·         Murid-murid menikmati jus karot susu bersama guru dan pembantu.

Jus karot susu, gelas.
Penutup
(5 minit)
Rumusan
·         Guru membuat rumusan tentang aktiviti  yang telah dipelajari hari ini.
·         Guru meminta murid-murid menceritakan semula proses membuat jus karot susu seperti yang telah dipelajari.
           

                                                                                                           

Tuesday 27 November 2012

Story Board Cara-cara Membuat Jus Karot Susu

Perbincangan kumpulan dan pembahagian tugas untuk projek video dan story board.Kumpulan kami telah bersepakat untuk membuat video tentang cara-cara membuat jus karot susu.


Berikut adalah peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat jus karot susu:
                           
                       * Mesin pengisar buah (boleh juga menggunakan blander)
                       * Pisau,susu,gelas,papan pemotong
                       * Beberapa batang karot dan air batu


Langkah pertama untuk membuat jus karot ialah,karot perlulah dibasuh terlebih dahulu dengan air yang bersih.Pastikan segala kekotoran yang ada pada karot tersebut dicuci dan dibersihkan.


Karot yang telah dibasuh,kemudiannya dipotong kecil-kecil menggunakan pisau dan papan pemotong untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah.

Setelah semua karot siap dipotong,langkah yang seterusnya ialah karot yang telah dipotong kecil-kecil tadi dimasukkan ke dalam mesin pengisar bagi mendapatkan jusnya.


 Karot itu kemudiannya dimesin halus dengan menggunakan mesin pengisar buah bagi mendapatkan jusnya.


Setelah jus karot diperolehi,susu pekat manis perlu dimasukkan untuk menambahkan kemanisan dan menyedapkan lagi rasa jus karot ini.


Jus karot yang telah ditambah dengan susu pekat manis tadi hendaklah dikacau dengan menggunakan sudu agar susu itu larut dan sekata rasanya.


 Bagi menyedapkan rasa dan menambahkan lagi kesegarannya,air batu kemudiannya dimasukkan ke dalam jus karot tersebut.
   

Akhirnya,jus karot yang segar dan lazat serta berkhasiat ini siap dihidangkan dan sedia untuk diminum.......
Cara menghias jus karot ini terpulanglah pada kreativiti masing-masing.

SELAMAT MENCUBA





Pembahagian Tugas Dalam Projek Video dan Story Board KPD  3026


Gambar,Bahan-bahan, dan Penyediaan Storyboard Untuk Projek Video


* Pn.Raja Noorasikin Raja Yaacob

* Pn. Megawati Abd.Hakim



Rakaman Video,Suntingan dan Atas Talian


* Pn.Rozita Ramli

* Pn. Sabariah Othman










cara-cara membuat jus carrot


Tuesday 24 April 2012

Salam.

Kisah Arnab dengan kura-kura. Siapa yang tak pernah dengar, sila pindah negara sekarang juga. Cerita ni sangat femes masa aku budak-budak. Kalau ada pertandingan bercerita, memang cerita ni sangat sangat banyak kali diceritakan.hoho. Kenapa? Sebab kisah ini banyak memberi pengajaran kepada budak-budak supaya rajin berusaha dalam menuntut ilmu.


Only One Step make us Close to Success!!

Cerita Bermula.
Sang Arnab melihat Sang kura-kura sedang bersiar-siar di Kolam Kejuruteraan UKM. Sangat perlahan sehingga sang arnab berasa sangat menyampah melihat betapa perlahannya kelajuan perjalanan si kura-kura.

Lalu sang arnab menegur si kura-kura.

" Wei, binatang berkaki empat! Kenapa ko berjalan lembap sangat. Bila mau sampai rumah nie? "

" Takpe. One step by one step. Me, will get home soon "

" Wah! Speaking nampak. Jalan pun lambat, ada hati nak ke negeri orang puteh. wakaka"

" Jangan ko hina aku makhluk putih! Nanti mulut ko dengan ko skali aku humban dalam tasik kejut nie, sekurangnya ilmu aku lagi tinggi dari ngko bro walau aku jalan lembap! Hari-hari aku pergi curi dengar budak budak Kejut ini belajar, bukan main-main lagi diorang. Aku nie nak sangat jadi manusia dan belajar banyak-banyak pasal dunia ni. Tapi aku nie kura-kura aje. Tak mampu arnab!!"

Arnab yang mendengar kata-kata kura-kura itu terharu dengan mata berair berkata,

" Takpe arnab, nanti aku buat satu kereta untuk ko, ko naik aku tarik! Kita sama-sama pergi belajar yea,"

Cerita Tamat.

Hahaa. Jadi kita sebagai manusia yang dah dipilih sebagai khalifah kat muka bumi nie, rajin-rajin kan la diri mencari ilmu, bukan setakat nak exam semata-mata. Jom cari ilmu!!

Salam.

4 PERKARA

Telah Bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:

Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati

2 MINUTES

It goes something like "if it can be done in less than two minutes, do it now". Maybe this works well in the business world, but when you've got a room full of third graders tugging at your sleeve, even walking to the other side of the room can be a major problem.

If you are wondering how you managed to forget to return that important form to the office yesterday, you don't need a better brain. You need a better system. Here's what some of our readers are doing:

Put It Where The Sun Does Shine
Best intentions get you nowhere when there a dozen distractions going on, which is why we make that mental note to "send home permission slips" then forget it minutes later. Find a place to put all the notes that need to be looked at and dealt with today. This could be an in-basket or a three-ring binder with pocket folders inside. The important things is to use it only for your pressing "to do" items. Prioritize or do triage to get everything sorted properly. And if Billy's confiscated magazine goes on the pile, the rest is history.

Make a Date with Yourself
The second key element of getting things done is taking the time to go through the stack of things each and every day, hopefully at a prearranged time. Taking the pile home to do isn't the same as getting it done on time in the first place.

Know When to Say No
Teaching has to be one of the hardest professions for keeping in touch with the outside world, even when that world is just down the hall. Once that final bell rings, there are colleagues to talk with, parents who drop in, a dozen fires to put out, and phone calls to return (meaning yet another trip to the office or lounge). That's why it can be so hard to find five spare minutes to go over those important papers in your in-box. Get in a routine of going over your paperwork at a preset time, and over time your other teachers will get the message that you desperately need those five minutes, then you'll be free to relax. Even resort to putting a note on your door if you must.

We Are Only Human
Finally, we all must admit that sometimes we just don't get it done. Will the world come to an end? Probably not, but if you have to cancel the field trip because you forgot to send home the permission slips, the fallout might be fairly painful. Forgetting an important thing doesn't happen because we are evil; we just need to get a reorganize our system to make sure things happen the way they should. Happy Planning.



12 SIFAT SAHABAT



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan
itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.