Rancangan Pengajaran Harian
Tarikh : 14.08.2012
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (60 minit)
Kelas : Prasekolah Titian Bistari 2
Bilangan Murid : 25
orang
Tema :
Sayur-sayuran
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal dan Estetika
Standard
Pembelajaran :(PFK (1.2.12)Menuang air dari jag ke dalam bekas seperti
cawan atau gelas
:(PSE 2.2.2)Menunjukkan semangat dan sifat positif,sabar
berkeyakinan dan tolong menolong.
cawan atau gelas
:(PSE 2.2.2)Menunjukkan semangat dan sifat positif,sabar
berkeyakinan dan tolong menolong.
Standard Pembelajaran
lain yang disepadukan :(BM 2.4.1)Menceritakan semula apa yang didengar dan dilihat
menggunakan ayat yang betul.
:(PFK 5.2.4)Menjaga keselamatan diri
Objektif :Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat:
1)Mengenal dan menamakan sekurang-kurangnya 4 daripada
8 bahan-bahan untuk membuat jus karot susu.
2)Melakukan koordinasi mata tangan semasa memotong buah
dan bekerjasama didalam kumpulan
3)Bercerita semula sekurang-kurangnya 5 daripada 8 langkah
tentang proses membuat jus karot susu.
Pengentahuan sedia ada :Murid-murid sudah biasa melihat dan makan karot.
Kosa kata :Karot,potong,susu dan kacau.
Alatan dan bahan :Karot,pisau,gelas,papan pemotong,susu,sudu,mesin pengisar buah,
air batu,carta soalan teka-teki dan gambar sayur-sayuran.
Langkah / Masa
|
Isi kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan / Bahan
|
Set
induksi
(
5 minit )
|
Permainan teka-teki
|
·
Permainan teka-teki. Guru menayangkan
soalan teka-teki kepada murid-murid menggunakan carta.
·
Guru membacakan soalan tersebut dan
menyuruh murid-murid meneka jawapannya.
|
Carta
soalan teka-teki
|
Langkah
1
(
10 minit )
|
Bercerita
dan bersoal- jawab
|
·
Guru bercerita tentang kepentingan,
kebaikan, dan khasiat sayur-sayuran kepada murid-murid.
·
Murid-murid mendengar cerita yang disampaikan
oleh guru.
·
Selepas mendengar cerita tersebut,
guru dan murid bersoal-jawab secara lisan tentang kepentingan, kebaikan dan
khasiat sayur-sayuran.
|
Gambar
sayur-sayuran
|
Langkah
2
(10
minit)
|
Mengenal
dan menamakan bahan-bahan untuk membuat jus karot susu.
|
·
Guru memberitahu kepada murid-murid
mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini iaitu cara-cara untuk
membuat jus karot susu.
·
Guru mempamerkan bahan-bahan untuk
membuat jus karot susu dan membimbing murid-murid untuk mengenal dan
menamakan bahan-bahan tersebut.
·
Murid-murid mengenal dan menamakan bahan-bahan
tersebut.
|
Karot,
susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
|
Langkah
3
(10
minit)
|
Tunjuk
cara membuat jus karot susu.
|
·
Guru membuat tunjuk cara untuk membuat
jus karot susu seperti berikut:
1) Cuci karot
dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang ada.
2) Karot yang
telah dicuci dipotong kecil-kecil dengan menggunakan pisau dan papan
pemotong.
3) Karot yang
telah dipotong kecil-kecil dimasukkan ke dalam mesin pengisar buah.
4) Kisar karot
tersebut sehingga keluar jusnya.
5) Masukkan
susu pekat manis ke dalam jus karot yang telah terhasil.
6) Kacau jus tersebut dengan sudu agar susu
pekat manis larut dan sekata.
7) Masukkan
ketulan air batu ke dalam jus karot tersebut untuk menambahkan lagi
kesegarannya.
8) Hias dan
hidangkan jus karot susu tersebut untuk diminum.
|
Karot,
susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
|
Langkah
4
(15
minit)
|
Aktiviti
kumpulan
|
·
Guru membahagikan murid-murid kepada 5
kumpulan.
·
Guru mengingatkan murid-murid tentang
langkah-langkah keselamatan dan kebersihan.
·
Setiap kumpulan membuat jus karot susu
seperti yang telah ditunjuk dan diajar di bawah bimbingan dan pengawasan guru
serta pembantu pengurusan murid.
|
Karot,
susu, pisau, papan pemotong, sudu, gelas,air batu, mesin pengisar.
|
Langkah
5
(5
minit)
|
Aktiviti
merasa minuman
|
·
Setiap kumpulan menuangkan jus karot
susu yang telah siap dibuat ke dalam gelas.
·
Murid-murid menikmati jus karot susu
bersama guru dan pembantu.
|
Jus
karot susu, gelas.
|
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan
|
·
Guru membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dipelajari hari ini.
·
Guru meminta murid-murid menceritakan
semula proses membuat jus karot susu seperti yang telah dipelajari.
|